Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Malaysia terima emas kedua pada hari pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poomsae

Malaysia memiliki emas kedua dalam kejohanan dwitahunan itu selepas memenangi kategori berpasukan wanita menewaskan tuan rumah, Thailand, sebentar tadi.

Untuk rekod, ini merupakan penyertaan kali pertama buat Seah Jing Ying, Wong Zin, Yow Mei Yee dalam pertandingan itu, dan terus membanggakan Malaysia di pentas Asia Tenggara.

Advertisement

Ia, sekali gus menggembirakan kem taekwondo negara selepas episod duka Jason Loo Jun Wei dan Nur Humaira Abdul Karim yang terlepas kejuaraan dalam acara Poomsae Campuran Berpasukan.

Sementara itu, kem taekwondo berpasukan lelaki negara juga dapat menambah koleksi pingat gangsa kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Meskipun tidak berhasil ke final, namun gandingan Randy Owen, Chin Ken Haw dan Jason Loo Jun Wei tetap tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih pingat gangsa bagi cara tersebut.

Tidak dilupakan, Mohamad Nazrin Najib dan Azlyn Farhana juga menyumbangkan dua pingat gangsa menerusi acara kenu slalom.

Terdahulu, emas pertama kem negara disumbangkan oleh skuad Hoki 5 sebelah (5's) lelaki. 
 

Must Watch Video