Skip to main content

Bola Sepak

'Memalukan, kekalahan paling pedih. Kita yang terkena'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang

'Memalukan'

Itu antara luahan kekecewaan ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, sejurus pasukannya tewas besar 1-5 kepada Selangor dalam aksi minggu ke-11 Liga Super 2025/26 malam tadi.

Advertisement

Dia turut menjelaskan kesilapan 'budak sekolah' yang dilakukan pemainnya menyaksikan mereka terpaksa menelan hakikat pahit mengalami kekalahan ketujuh musim ini sekali gus terperosok di kedudukan tercorot dalam carta liga.

Tanpa berselindung, Wan Rohaimi turut mengakui aksi bertemu Selangor di Stadium Bandaraya itu sebagai persembahan terburuk yang ditampilkan anak buahnya setakat ini.

 

 

"Memang amat memalukan, saya boleh katakan kekalahan paling pedih dalam hati saya. Bermain di gelanggang sendiri, sekurang-kurangnya menunjukkan aksi bertenaga dan satu mata.

"Kita perlu ambil kesempatan daripada kepenatan Selangor, tetapi kita yang terkena. Selagi pihak pengurusan menagih khidmat saya, saya akan beri komitmen 100% buat majikan saya." katanya.

 

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video