Ketua pasukan bola jaring wanita, Fariha Razak, mengharapkan kejayaan membutirkan pingat emas Sukan SEA Thailand hari ini memberi sinar baru buat bola jaring negara.
Skuad negara bangkit untuk melakar hatrik emas dengan kemenangan 51-49 ke atas musuh tradisi, Singapura, di Chulalongkorn University.
Advertisement
"Rakan sepasukan telah curahkan segala kudrat walaupun ketinggalan enam jaringan.
"Walaupun kalah (kepada Singapura) di peringkat kumpulan, ia tidak menjatuhkan (moral) malah memberikan semangat kami untuk membalas dendam.
"Saya hampir tak nak bermain untuk (edisi) kali ini disebabkan kecederaan dan persiapan kami tidak seperti selama ini.
"Tapi kami tetap dapat buktikan walaupun bukan atlet sepenuh masa, bukan sukan yang dipilih dan di bawah program, kami tetap dapat menyumbang buat Malaysia.
"Saya harap kejayaan ini membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa bola jaring kita boleh melakukan sesuatu kalau kita ada program, aturan dan pengurusan yang bagus," katanya.