Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Peralihan positif kekalkan dominasi skuad bola jaring negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Syafaz

Peralihan positif generasi baru skuad bola jaring negara membuahkan hasil apabila Malaysia terus mendominasi acara itu buat tiga edisi Sukan SEA.

Ini selepas pasukan negara sekali lagi mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Thailand baru-baru ini, biarpun dibarisi 10 pemain muda, yang kali pertama beraksi dalam temasya dwitahunan itu.

Advertisement

Bagi pemain senior, Nur Syafazliyana Ali, barisan atlet muda ini tampil tanpa tekanan dan berani menyerlahkan kemampuan biarpun hanya berbekalkan tempoh latihan singkat sejak Ogos lalu

"Boleh kata memang rezeki dah tertulis untuk kami dengan usaha yang sudah kami berikan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Kalau ikutkan, pendedahan kami adalah ketika berada di Sydney, Australia dan pada ketika itulah buat kali pertamanya kami bermain bersama dalam satu kejohanan sebelum ke Sukan SEA.

"Alhamdulillah, dengan masa yang singkat itu, mentaliti kami hanyalah untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia dengan apa yang kami ada.

"Kami ada 10 orang muka baru dan mereka semua benar-benar mahu mempertahankan kejuaraan dan menunjukkan kemahiran masing-masing.

"Mereka menunjukkan mereka boleh bermain di tahap Sukan SEA dan berhasil mendapatkan pingat emas.

"Walaupun mereka masih remaja, bagi saya daripada segi permainan, mereka sudah matang," katanya.

 

Must Watch Video