Skip to main content

Petanque

Sukan SEA Thailand: Penyokong tuan rumah cabaran utama skuad petanque negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Petanque

Sebelum berangkat ke negara Gajah Putih, Kejohanan Petanque UiTM Terbuka Berpasukan menjadi medan persiapan terakhir wakil negara ke Sukan SEA Edisi Ke-33.

Pemenang pingat emas pertama negara dalam acara itu pada 2015, Muhd Hafizuddin Mad Daud, mahu menggunakan peluang pentas ini bagi menguatkan aspek psikologinya selain memotivasikan diri.

Advertisement

Tidak asing lagi dengan temasya sukan dwitahunan itu memandangkan edisi kali ini yang membuka tirai pada 9 Disember depan merupakan penyertaan ketujuhnya, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tersebut mengakui perlu berwaspada ancaman skuad tuan rumah.

Berikutan lokasi venue yang ditukar ke Bangkok, kem negara dijangka berlepas pada 8 Disember.

"Saya menyertai kejohanan ini sebagai psikologi memandangkan saya tidak menyertai edisi sebelum ini.

"Daripada segi permainan, saya mungkin tiada masalah dengan bantuan jurulatih dan rakan sepasukan.

 

"Jadi saya sudah bersedia, tambahan pula penyokong petanque di Thailand akan menjadi cabaran kepada kami," katanya.

Sementara itu, sepanjang empat edisi disertai, hanya emas yang belum diraih wakil triple campuran, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali.

Oleh itu, dia menagih bimbingan dua lagi atlet berpengalaman demi melunaskan hasrat tersebut.

"Selepas memenangi perak dan gangsa, kali ini saya menyasarkan emas," katanya.

 

Must Watch Video