Giliran kem petanque kebangsaan menyumbang pingat gangsa buat Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025, petang tadi.
Nuzul Azwan Ahmad Temizi menghadiahkan satu pingat menerusi acara menembak lelaki (Mens Shooting) dengan berkongsi kedudukan bersama tuan rumah.
Advertisement
Terdahulu, dalam perlawanan separuh akhir, Nuzul Azwan tewas 37-39 kepada wakil Indonesia.
Dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada majikannya iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan SWCorp Negeri Perlis kerana membenarkannya mewakili Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas Asia Tenggara.
Sementara itu, harapan untuk menyaksikan Muhamad Hafizuddin Mat Daud mengulangi pencapaian emas Malaysia dalam acara singles lelaki pada edisi 2023 di Kemboja tidak kesampaian selepas dia kecundang di pusingan awal, sekali gus gagal melayakkan diri ke separuh akhir.