Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Lebih bagus jika kami dapat kawal pingat itu -- Ayon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ayon

Skuad futsal negara kempunan untuk mengesahkan pingat awal buat kontinjen Malaysia selepas tewas tipis 1-2 ke atas Indonesia dalam perlawanan Sukan SEA Thailand, malam tadi.

Kekalahan itu, sekali gus meletakkan Malaysia berkongsi mata dengan skuad Garuda iaitu enam mata, hanya dibezakan dengan jaringan.

Advertisement

Bagi kapten futsal Malaysia, Khairul Effendy atau lebih mesra disapa Ayon, kekalahan tipis itu ibarat memberi tamparan hebat buat dia dan rakan sepasukan, namun peluang masih ada untuk Malaysia menaiki podium dengan mengharapkan ihsan Thailand untuk menang ke semua perlawanan mereka.

"Aksi menentang Indonesia ini agak sukar untuk kami kerana kekurangan pemain yang boleh menjadi 'back-up' kepada tonggak lain.

"Apa yang kami harapkan, apa yang diberitahu oleh jurulatih bahawa persaingan pingat gangsa masih terbuka.

"Cuma, kami terkilan kerana kami boleh mendapatkan pingat perak itu.

"Jika Thailand mampu membelasah dua pasukan (Indonesia dan Vietnam) yang seimbang dengan kami.

"Tetapi, kami juga tidak boleh terlampu berharap. Lebih bagus kami yang dapat mengawal pingat itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Must Watch Video