Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kita perlu fokus pendekatan pasukan, bukan jumlah jaringan -- Syed Syafiq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Syed

Sukan hoki negara sering kali berdepan sentimen kurang menyenangkan, dengan kegagalan melayakkan diri ke Sukan Olimpik selama 24 tahun terus menjadi stigma paling kerap diperkatakan.

Naratif itu kembali menjadi topik perbualan dalam Sukan SEA Thailand selepas skuad kendalian Sarjit Singh membuka kempen dengan kemenangan besar 21-1 ke atas Myanmar, sebelum mencatat kemenangan yang dianggap ‘kurang menyakinkan’ ketika menewaskan Indonesia 6-2.

Advertisement

Bagaimanapun, The Speedy Tigers terus memperkemas rentak apabila melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut dengan menumbangkan Singapura 6-0, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam saingan peringkat kumpulan.

Di sebalik keputusan positif itu, wujud pandangan bahawa skuad negara seharusnya tampil lebih rakus memburu gol, seiring reputasi Malaysia sebagai kuasa hoki serantau dan pengalaman luas di pentas antarabangsa berbanding pencabar lain dari Asia Tenggara.

Namun, perspektif berbeza disuarakan mesin pencetak gol negara, Syed Syafiq Syed Cholan, yang tampil mempertahankan pendekatan berpasukan diterapkan sepanjang kejohanan.

“21-1, 6-2, 6-0 ke, kita ambil pendekatan persembahan pasukan dulu.

"Tak guna kalau kita ‘all-out’ tapi nanti 'backfire' daripada segi kecederaan pemain jadi kita memang ambil cakna benda itu,” katanya.

Menurut Syed Syafiq, fokus utama pasukan adalah kemenangan dan pengurusan permainan, bukannya semata-mata mengejar jumlah jaringan besar.

“Selalunya orang cakap bantai 10 atau 20-0 pun tetap tiga mata juga.

"Bukannya kita letak mentaliti 6-2 itu sudah cukup, tapi yang penting menang jadi kalau boleh skor, kita skor,” jelasnya.

Must Watch Video