Kontinjen Malaysia akan meneruskan cabaran dalam temasya Sukan SEA Thailand 2025 yang berbaki satu hari lagi.
Wakil negara akan turun dalam 73 acara hari ini dengan 39 daripadanya merupakan pentas akhir.
Advertisement
Setakat ini Malaysia telah melengkapkan sasaran 200 pingat dalam temasya dwitahunan itu selepas mengumpul 46 emas, 49 perak dan 109 gangsa, menjadikan sebanyak 204 kilauan pingat terkumpul setakat ini.
Teruskan bersama Astro Arena untuk saksikan perjuangan atlet negara di Bumi Thailand.
Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:

