Kontinjen negara akan meneruskan misi pemburuan pingat bagi saingan 16 Disember 2025 Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.
Setakat semalam, kontinjen negara telah menghimpunkan 26 pingat emas, 28 perak dan 80 gangsa. Dengan sasaran 200 pingat, Malaysia dalam landasan terbaik bagi mencapai hasrat tersebut apabila terdapat pelbagai acara yang menawarkan pingat hari ini.
Advertisement
Dengan jumlah 134 pingat ketika ini, Malaysia menduduki tempat kelima keseluruhan di belakang Singapura, Vietnam, Indonesia dan tuan rumah.
Lebih daripada 10 sukan dengan pelbagai acara akan diteruskan bermula pada peringkat saringan hingga perlawanan akhir hari ini.
Usai menamatkan kemarau 34 tahun, skuad sepak takraw akan meneruskan cabaran dalam kategori lain bagi membuktikan lagi penguasaan Malaysia menundukkan musuh tradisi.
Tenis dan ping pong pula sedang memasuki aksi suku akhir diikuti angkat berat, gimnastik dan olahraga yang merebut pingat dalam pertembungan final.
Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:
Panduan liputan Sukan SEA Thailand 2025: 16 Disember 2025. 🇲🇾
Tonton liputan lengkap di Astro Arena, saluran 801 & 802, Astro ONE & Sooka.
**𝗧𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝗹𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻**#KitasemuaTeamMAS • #ChampionsRising • #SEAGamesThailand2025 • #33rdSEAGames pic.twitter.com/JnjFWipStc— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) December 15, 2025
