Kontinjen negara akan meneruskan misi pemburuan pingat bagi saingan hari ketujuh Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.
Setakat semalam, kontinjen negara telah menghimpunkan 20 pingat emas, 23 perak dan 69 gangsa. Dengan sasaran 200 pingat, Malaysia dalam landasan terbaik bagi mencapai hasrat tersebut apabila terdapat pelbagai acara yang menawarkan pingat hari ini.
Advertisement
Berbaki 88 pingat sahaja lagi, skuad negara dijangka berpotensi terus mencipta sensasi dalam temasya dwitahunan itu dengan sukan-sukan terlibat.
Sembilan sukan dengan pelbagai acara akan diteruskan bermula pada peringkat saringan hingga perlawanan akhir.
Aksi tempur juga seperti tinju dan muay thai menjadi tumpuan hangat kem negara hari ini di samping olahraga dan renang hari ini.
Paling mencuri perhatian sudah semestinya aksi separuh akhir bola sepak lelaki yang akan bertemu tuan rumah pada pukul 8.30 malam ini di Stadium Rajamangala.
Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:
Panduan liputan Sukan SEA Thailand 2025: 15 Disember 2025. ๐ฒ๐พ
Tonton liputan lengkap di Astro Arena, saluran 801 & 802, Astro ONE & Sooka.
**๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ธ๐น๐๐ธ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป**#KitasemuaTeamMAS โข #ChampionsRising โข #SEAGamesThailand2025 โข #33rdSEAGames pic.twitter.com/NQ8942Nwr5โ Astro Arena ๐ฒ๐พ (@ASTROARENA) December 14, 2025
