Kontinjen negara akan meneruskan misi pemburuan pingat bagi saingan hari keenam Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.
Setakat semalam, kontinjen negara telah menghimpunkan 18 pingat emas, 15 perak dan 48 gangsa. Dengan sasaran 200 pingat, Malaysia dalam landasan terbaik bagi mencapai hasrat tersebut apabila terdapat pelbagai acara yang menawarkan pingat hari ini.
Advertisement
Terdapat 10 sukan akan berlangsung melibatkan atlet kebangsaan dengan Malaysia merupakan antara sandaran utama untuk menaiki podium.
Hari ini bermula jam 10.00 pagi, wushu dan renang yang terdiri daripada pelbagai kategori permulaan daripada saringan akan berlangsung disusuli pencak silat, angkat berat dan karate.
Pentas tumpuan sudah semestinya terarah kepada dua sukan popular iaitu kem sepak takraw negara akan bertemu tuan rumah, Thailand, dalam perlawanan akhir kategori final jangkaan pukul 1.00 petang ini.
Tidak dilupakan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah membawa misi tersendiri untuk merangkul pingat emas buat kem badminton Malaysia.
Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:
Panduan liputan Sukan SEA Thailand 2025: 14 Disember 2025. ๐ฒ๐พ
Tonton liputan lengkap di Astro Arena, saluran 801 & 802, Astro ONE & Sooka.
**๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ธ๐น๐๐ธ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป#KitasemuaTeamMAS โข #ChampionsRising โข #SEAGamesThailand2025 โข #33rdSEAGames pic.twitter.com/TMk6thaSRzโ Astro Arena ๐ฒ๐พ (@ASTROARENA) December 13, 2025
