Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Jadual aksi atlet negara 12 Disember 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MIA

Kontinjen negara akan meneruskan misi pemburuan pingat bagi saingan hari keempat Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Setakat semalam, kontinjen negara telah menghimpunkan tiga pingat emas, 12 perak dan 21 gangsa

Advertisement

Cabaran negara akan berkibar seawal jam 9.00 pagi ini, dimulakan dengan acara golf berpasukan lelaki dan wanita di Siam Country Club Pattaya, Chonburi.

Pada jam 10.00 pagi, Wilson Quak akan meneruskan saingan dekatlon, kali ini dalam acara 110m lari berpagar di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok.

Skuad kriket wanita T10 pula akan berdepan Myanmar bagi perlawanan penentuan pingat gangsa di Bangkok, juga pada jam 10.00 pagi.

Pemburuan pingat emas pertama olahraga dalam edisi kali ini akan digalas jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong, di Stadium Nasional Suphachalasai bermula jam 11.10 pagi ini.

Skuad gimnastik juga berpeluang meraih pingat di Pathum Thani dengan cabaran mereka bermula jam 3.30 petang ini.

Karate juga dijangka mampu menjadi lubuk pingat kontinjen negara dengan cabara final acara kumite akan bermula jam 4.30 petang ini.

Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:

 

Must Watch Video