Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Jadual aksi atlet negara 11 Disember 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MIA

Kontinjen negara akan meneruskan misi pemburuan pingat bagi saingan hari kedua Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Selepas memperoleh dua emas menerusi sukan hoki 5's dan taekwondo semalam, cabaran negara akan mula berkibar seawal jam 9.00 pagi ini diawali dengan pasukan golf lelaki dan wanita negara di Chonburi.

Advertisement

Saingan olahraga juga akan membuka tirai dengan acara dekatlon di Stadium Suphachalasai, Bangkok, dengan wakil negara, Wilson Quak, akan turun dalam disiplin 100m.

Aksi tumpuan sudah pasti terarah kepada skuad bola sepak B-23 negara, yang akan berdepan misi hidup-mati menentang Vietnam di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, pada jam 5.00 petang ini.

Selain itu, sandaran pingat emas kontinjen negara akan digalas skuad karate lelaki wanita, yang akan bertanding di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana.

Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:

 

Must Watch Video