Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Jadual aksi atlet negara 10 Disember 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MIA

Kontinjen negara akan meneruskan pemburuan pingat pertama Sukan SEA Thailand 2025 dalam saingan hari kedua temasya itu hari ini.

Acara yang paling mencuri tumpuan sudah pasti aksi final badminton berpasukan lelaki mempertemukan skuad negara dengan musuh tradisi, Indonesia, di Pathum Thani pada jam 4.00 petang ini.

Advertisement

Selain itu, skuad lelaki dan wanita hoki 5's negara akan turun dalam aksi separuh akhir, di mana kedua-duanya akan berdepan Filipina, masing-masing pada jam 10.00 pagi 12.00 tengah hari ini.

Seandainya layak ke final, mereka akan turun bagi perlawanan penentuan pingat emas pada jam 4.00 petang ini.

Selain itu, skuad polo negara juga akan bertemu Filipina bagi perlawanan penentuan pingat gangsa di Bangkok pada jam 5.00 petang ini.

Berikut merupakan jadual penuh kontinjen negara hari ini:

 

 

Must Watch Video