Perenang kebangsaan, Khiew Hoe Yean, membawa cabaran skuad renang negara ke final acara 200 meter gaya bebas renang di Sukan SEA Thailand usai melakukan catatan masa terpantas.
1 minit 50.33 saat meletakkan Hoe Yean di kedudukan pertama dalam aksi saringan mengatasi perenang Indonesia, Made Aubrey Jaya (1:51.34s) dan rakan sepasukan, Arvin Shaun Singh Chahal (1:51.68s).
Advertisement
Atlet berusia 22 tahun itu memburu hatrik emas acara berkenaan selepas muncul juara pada edisi Hanoi 2021 dan Phnom Penh 2023.