Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Yu Fei, terpaksa berputih mata pulang awal selepas tewas di tangan pemain bukan pilihan, Rakshitha Sree, dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong, semalam.
Pemain perseorangan wanita India itu mencipta kejutan memperoleh kemenangan besar straight set 21-18, 24-22, sekali gus mara ke suku akhir hari ini.
Kisah kebangkitan pemain di ranking ke-47 BWF itu mendapat pujian orang ramai kerana mencipta sejarah menewaskan gergasi dunia yang berada di tempat keempat itu.
LI-NING Hong Kong Open 2026 WS - R16 21 24 🇮🇳Rakshitha Sree SANTHOSH RAMRAJ🏅 18 22 🇨🇳CHEN Yu Fei 🕚 in 45 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 19, 2026
Wakil China itu hampir mengheret ke set penentuan dengan mendahului selesa 15-5, namun Sree tidak berputus asa untuk mengejar kedudukan, sebelum akhirnya menyamakan mata dan mengatasi Yu Fei.