Skip to main content

Bola Sepak

Ecuador mohon FIFA gantung pemain sendiri lapan tahun ekoran baling batu ke arah pengadil

FEF
Advertisement

Persekutuan Bolasepak Ecuador (FEF) telah mengenakan penggantungan selama lapan tahun terhadap Jhon Perlaza selepas mendapati membaling batu yang mengenai seorang penolong pengadil semasa perlawanan liga divisyen ketiga bulan lalu.

Kejadian itu berlaku pada minit ke-96 membabitkan perlawanan antara pasukan Perlaza, Club Ciudad de Yantzaza, dengan Club Rio Aguarico pada 17 Oktober. Perlawanan tersebut dihentikan selepas penolong pengadil, Lenin Giovanni Ojeda Nunez, terkena balingan batu itu.

Advertisement

"Penolong pengadil tersebut mengalami kecederaan serius yang memerlukan pembedahan serta tempoh pemulihan selama 60 hari," kata FEF dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

"Jawatankuasa tatatertib mendapati pemain tersebut bertanggungjawab melakukan tindakan agresif secara fizikal terhadap pegawai perlawanan, dan telah menggantungnya selama lapan tahun daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, sehingga 19 Oktober 2034.

Advertisement

"Selain itu, FEF akan memohon kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya sekatan ini diperluaskan ke peringkat antarabangsa."

FEF menambah bahawa kelab Yantzaza perlu membayar denda bagi menampung kos perubatan penolong pengadil tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 20 Oktober, pihak Yantzaza memohon maaf kepada barisan pengadil dan para peminat atas kejadian itu.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video