Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Hatrik emas! Skuad bola jaring negara tumbangkan Singapura di final!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Skuad bola jaring negara kejutkan Singapura rangkul emas

Skuad bola jaring negara mencipta sensasi apabila meraih pingat emas Sukan SEA Thailand dengan menewaskan pasukan pilihan, Singapura.

Singapura hadir ke pentas temasya dwitahunan edisi ke-33 selaku pasukan pilihan, susulan kejayaan mereka muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu dan saingan Piala Liga Negara-Negara 2025.

Advertisement

Skuad Malaysia -- yang hadir dengan skuad baru -- hadir menerusi penganjuran Netball Super League diketuai oleh pemain berpengalaman dan hos Astro Arena, Fariha Razak.

Singapura di awal permainan mempamerkan corak permainan yang cukup cemerlang apabila mendahului 28-22 sebelum Malaysia terus mengejar dan berjaya mengikat jaringan 38 38.

Ketika permainan berbaki 12 minit, debaran terus memuncak dan tekanan yang mula mengancam -- Malaysia terus mengekalkan corak permainan yang tenang sementara memastikan kesilapan berjaya dielak sebelum menoktahkan kemenangan 51-49.

Kemenangan ini sekaligus membenarkan Malaysia melakar hatrik emas di pentas Sukan SEA sejak edisi 2017.

  

Must Watch Video