Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Berpasukan campuran bidik gangsa di sebalik demam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak

Pengorbanan menangguh pengajian ternyata membuahkan hasil buat penembak negara, Gan Chen Jie, apabila membidik pingat gangsa dalam penampilan sulung Sukan SEA Thailand.

Atlet berusia 20 tahun dari Negeri Sembilan itu bergandingan dengan Haritz Iklil Hessly Hafiz dalam acara 10 meter rifle berpasukan campuran berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 16-10, sebentar tadi.

Advertisement

"Saya gembira dengan persembahan dan dapat menaiki podium pada hari ini.

"Terima kasih kerana dapat membentuk gandingan yang baik bersama rakan sepasukan," katanya.

Sementara itu, Haritz yang membuat penampilan kedua dalam temasya dwitahunan ini edisi Hanoi 2021 turut menganggap kejayaan ini bermakna buat dirinya setelah beraksi ketika demam.

Kemenangan ini membolehkan kem menembak negara mengulangi pencapaian Sukan SEA Hanoi 2019 dengan meraih gangsa selepas acara ini tidak dipertandingkan dalam temasya di Kemboja, dua tahun lalu.

"Saya gembira gandingan kami berjaya menghasilkan gangsa.

"Hari ini (aksi) saya kurang baik sebab demam yang menyukarkan penafasan saya hingga terbatuk-batuk sedikit.

"Memandangkan acara ini tidak lama, jadi saya cuba (bertahan dan) berikan yang terbaik," katanya pula. 

Must Watch Video