Majlis Penutupan Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 menyaksikan perarakan atlet kontinjen negara yang terdiri daripada 80 orang diketuai oleh Chef De Mission (CDM), Nurul Huda Abdullah, di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi.
Paling mencuri tumpuan, penyerahan rasmi Bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) kepada Malaysia sebagai negara tuan rumah pada 2027.
Advertisement
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, bersama Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, bertanggungjawab menerima mandat daripada wakil Thailand menjelang penganjuran temasya dwitahunan itu pada 2027.
Lagu NegaraKu turut berkumandang selain pertunjukkan Ritma Harmoni menampilkan 60 penari daripada pelbagai etnik.
Tiga artis tempatan iaitu Mimi Fly, Amir Jahari dan Marsha Milan juga membuat persembahan.
Kita jumpa di Kuala Lumpur (KL), Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Selamat datang ke Malaysia 2027!