Enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa menjadi pertaruhan atlet para negara menjelang saingan Sukan Para Asia yang membuka tirai pertengahan bulan ini.
Antara sukan yang diletak harap untuk menghadirkan emas ialah menerusi olahraga para, badminton serta boccia.
Keberkesanan beberapa sukan lain di pentas antarabangsa dan hadirnya beberapa atlet baru dijangka mampu lakar kejutan di Jepun nanti.
"Melalui perbincangan tiga penjuru melibatkan ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara).
"Kami harap dapat kekalkan momentum Sukan Asia di Hangzhou yang lalu.
"Kami berharap atlet dapat meneruskan semangat juang, terutama kekalkan sasaran dan sebolehnya menukarkan perak kepada kilauan emas," kata chef-de-mission (CDM) Sukan Para Asia 2026, Kelvin Than.