Skip to main content

Hoki

PSAS: S. Kumar seru benteng terakhir Speedy Tigers serlah personaliti

kumar
Advertisement

Meskipun diatas kertas, Amerika Syarikat bukanlah tandingan sebenar skuad hoki negara.

Namun, mentaliti juara yang disuntik barisan kejurulatihan negara dalam setiap watak penting The Speedy Tigers menjadikan aksi ketiga kempen edisi ke-32 itu jauh lebih penting daripada sekadar mengutip tiga mata.

Advertisement

Perkara itu susulan skuad negara dituntut mengekalkan rekod tanpa bolos buat perlawanan ketiga berturut-turut bagi meningkatkan keyakinan bertemu dua pasukan handalan, bermula dengan calon juara, Australia pada Selasa dan musuh tradisi Pakistan pada Khamis.

Cabaran yang dilontarkan terhadap Hafizuddin Othman dan Zaimi Mat Deris berdasarkan persembahan terpuji kedua-dua penjaga gol negara itu pada dua aksi pembukaan kempen tahun ini.

Advertisement

Barisan kejurulatihan dibawah kepimpinan Brendon Carolan berasakan peranan dan persembahan penjaga gol negara menjadi kunci utama kemaraan ke pentas final, atau sebaliknya.

Untuk rekod, sekiranya kedudukan mata terikat, perbezaan jaringan menjadi penentu pasukan ke final dengan ramalan Australia mengesahkan kemaraan berdasarkan reputasi pasukan yang menghuni ranking ketiga terbaik dunia, selain juara Piala Sultan Azlan Shah sebanyak 10 kali.

"Saya rasa pertama kali negara raih dia aksi pembukaan tanpa bolos, jika boleh teruskan dalam aksi seterusnya.

"Untuk aksi akan datang boleh berikan yang terbaik, tetapi dua aksi terakhir lawan Australia dan Pakistan banyak kerja keras perlu dilakukan.

"Kami selalu akan berbincang siapa penjaga gol yang akan diturunkan, terutama siapa yang boleh beraksi dengan baik dalam aksi yang penting.

"Tanggungjawab itu sama sahaja buat siapa yang turun beraksi, cuma perlukan konsisten.

"Perlu bersedia terutama apabila beraksi dengan lawan seperti Australia, perlu berani untuk beraksi." kata jurulatih penjaga gol hoki negara, S.Kumar.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video