Skip to main content

Sukan

Cub Prix: Gaya tunggangan Nuzzul Ady sangat matang -- Juara kategori Wira KBS bakal 'naik pangkat'

JK
Advertisement

Kasma Daniel perlu berpuas hati selaku naib juara kategori CP150 musim ini apabila menamatkan perlumbaan mengekori Azroy Hakeem di kedudukan ketiga.

Seorang lagi pencabar, Haziq Fairues, hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-10 sekali gus meranapkan harapan untuk bergelar juara.

Advertisement

Sementara itu, kejuaraan berganda yang diraih Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing Team bukanlah sesuatu yang hadir dengan mudah.

Ianya bersandarkan kepada penyelidikan yang dilakukan secara berterusan.

Advertisement

Dua kejuaraan yang diraih menerusi kategori Wira KBS dan CP125 menyaksikan mekanisme tepat berjaya dilakukan pasukan.

Pemiliknya, K. Sivanesan, berkongsikan perasaan teruja dengan prestasi anak buahnya, Nuzzul Ady Muhammad Sudin yang memiliki corak tunggangan kemas dan matang.

Menurutnya, Ady merupakan pelumba yang paling konsisten dalam sejarah Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing Team, dan ada pertimbangan untuk meletakkan Ady dalam kelas CP125 pada tahun hadapan.

"Untuk kategori Wira KBS, kami ada empat pelumba musim ini tetapi Ady memang dalam sejarah pasukan sebagai pelumba paling konsisten.

"Lapan perlumbaan lapan podium, dia cuma raih P1 dan P2, jadi pusingan enam sudah bergelar juara.

"Kami sedang fokus untuk meletakkan dia dalam kategori mana tahun depan. Masih berbincang dengan Yamaha. Amat kagum dengan Ady, ini tahun keenam dengan dia.

"Mungkin saya akan letak dia di CP, kerana gaya tunggangan dia sangat matang. Lihat pada data juga. Namun, kami akan berbincang dahulu kemudian tentukan." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video