Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Saya anggap dia seperti anak saya sendiri -- Air mata Shahrol Yuzy tumpah kenang perjuangan Azroy

ff
Advertisement

"Saya anggap dia seperti anak saya sendiri"

Itu perkongsikan pemilik Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing Team, Shahrol Yuzy, yang menitiskan air mata mengenang pengorbanan pelumbanya, Azroy Hakeem Anuar, yang berjuang sepanjang musim demi mengharumkan nama pasukan.

Advertisement

Saling tak tumpah seperti kasih seorang ayah kepada anak, Yuzy menyifatkan Azroy memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam memastikan impiannya bersama pasukan tercapai.

Dia juga berkongsikan barisan pelumba yang sama akan dikekalkan untuk menghadapi cabaran lebih epik pada musim hadapan.

Advertisement

Tumpuan bakal diberikan menerusi kategori skuter 185cc yang bakal dipersembahkan dalam saingan Cub Prix tahun hadapan.

"Saya rasa perlumbaan ini memang cukup seksa, lama dan semuanya tetapi atas dasar usaha pelumba, pasukan semuanya membawa hasil.

"Azroy memang seorang pelumba yang sangat bagus, saya sayangkan dia, saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri.

"Kami mahu fokus juga dalam kategori skuter, saya harap Cub Prix akan berlarutan, jika saya sudah tiada mungkin anak cucu saya boleh teruskan kerana ini medan buat pelumba negara kita. Terima kasih buat Astro Arena beri kami liputan dan semua penaja." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video