Skuad bola keranjang kerusi roda negara memasang misi untuk mengubah warna pingat yang diraihnya pada 2023 di Kemboja, selari dengan peningkatan prestasi semasa, menghuni ranking ke lapan dunia.
Acara tiga sepasukan dilihat paling sesuai dengan kelebihan permainan pantas dimiliki pasukan, selain dibarisi sepenuhnya pemain berpengalaman, sekali gus memberi kelebihan dari segi kestabilan dan kematangan ketika beraksi.
Advertisement
Selepas berjaya membawa pulang pingat dalam tiga daripada empat edisi terakhir apabila acara ini dipertandingkan, diharap kilauan emas pula menjadi milik skuad negara di Thailand buat kali pertama sejak penglibatan terawal pada 2005.
"Kami memang banyak berlatih dan sertai kejohanan dunia, kami berlatih banyak untuk pendedahan bagi kejohanan.
"Kami mahu bersaing untuk emas kerana sudah sekian lama tidak ke final, kali ini memang mahu mencabar emas.
"Untuk kategori tiga lawan tiga (3×3) kami sasarkan emas, kerana perlawanan pendek dan banyak perkara boleh berlaku. Peluang tinggi." katanya.