Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Skuasy negara enggan terlalu selesa, akui misi pertahan tiga emas lebih mencabar

Sukan Asia: Skuasy negara enggan terlalu selesa, akui misi pertahan tiga emas lebih mencabar

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mengakui cabaran yang bakal dihadapi skuad negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 jauh lebih sukar berbanding edisi terdahulu, sekali gus menjadikan misi mempertahankan tiga pingat emas bukan tugas mudah.

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Andrew Cross, berkata persaingan kali ini dijangka lebih sengit dengan kehadiran pencabar utama seperti India, Pakistan serta tuan rumah, Jepun, yang dilihat semakin meningkat dari segi prestasi.

Menurutnya, barisan pemain negara memiliki potensi untuk terus menghadiahkan pingat berdasarkan prestasi semasa, namun SRAM memilih untuk tidak menetapkan sasaran pingat yang terlalu spesifik.

Sebaliknya, fokus utama ketika ini adalah memastikan setiap pemain berada pada tahap terbaik menjelang temasya yang akan membuka tirai bermula 19 September depan.

Sementara itu, jurulatih berprestasi tinggi, Ajaz Azmat, memaklumkan persiapan skuad negara kini memasuki fasa terakhir dengan penekanan diberikan kepada latihan berintensiti tinggi.

Ajax menjelaskan program persediaan turut merangkumi penyertaan dalam beberapa kejohanan antarabangsa serta siri perlawanan percubaan menentang atlet jemputan dari luar negara bagi memastikan pemain mendapat pendedahan kompetitif sebelum beraksi di Jepun.

Pendekatan itu diharap mampu meningkatkan tahap kecergasan, ketahanan mental serta kesediaan taktikal pemain dalam menghadapi saingan di pentas Sukan Asia.

Pada edisi Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad skuasy Malaysia mencipta pencapaian cemerlang apabila membawa pulang tiga pingat emas, sekali gus meletakkan harapan tinggi agar momentum tersebut dapat diteruskan di Aichi-Nagoya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video