Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Seperti sudah tertulis -- emas buat Malaysia, E.MAS buat Adeola

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Seperti sudah tertulis -- emas buat Malaysia, E.MAS buat Adeola

Daripada janji ke realiti: Emas Adeola bawa pulang Proton E.MAS

Dua belas hari lalu, ia sekadar sebuah janji. Hari ini, 22 September 2026, janji itu bertukar menjadi ganjaran buat atlet karate negara, Adeola Fay Robert, selepas dia menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama di Sukan Asia Aichi-Nagoya.

10 September lalu, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mengumumkan Proton E.MAS bakal diberikan kepada mana-mana atlet karate negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari temasya berkenaan.

Ketika itu, ia menjadi satu bentuk sokongan dan motivasi buat barisan atlet yang sedang membuat persiapan terakhir sebelum turun berjuang di pentas Asia.

Hari ini, Adeola menjadi individu pertama yang merealisasikan janji tersebut.

Atlet negara itu mencipta kejayaan gemilang dalam acara kumite individu wanita bawah 55 kilogram apabila menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 di final.

Lebih manis, emas tersebut turut menjadi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Daripada sebuah janji yang diumumkan sebelum temasya, kini ganjaran itu menanti untuk menjadi milik seorang atlet yang mengharumkan nama negara.

Presiden MAKAF dan SEAKF, Datuk Wira Dr Nur Azmi Ahmad, sebelum ini menegaskan komitmen badan induk itu untuk terus memberikan sokongan serta motivasi kepada atlet karate Malaysia dalam usaha memburu kejayaan di pentas tertinggi.

Kini, kata-kata itu hadir bersama satu kisah yang lebih bermakna -- emas Adeola bukan sahaja membawa pulang pingat untuk Malaysia, tetapi turut membuka pintu kepada sebuah Proton E.MAS.

Buat Adeola, kemenangan di Aichi-Nagoya mungkin akan dikenang kerana pingat emas yang terukir dalam sejarah kontinjen negara.

Namun selepas ini, setiap kali melihat kenderaan elektrik itu, ada kemungkinan satu perkara akan sentiasa mengingatkannya kepada perjalanan tersebut:

Sebuah janji, sebuah perjuangan dan sebuah emas untuk Malaysia -- sebuah E.MAS buat Adeola. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement