Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Emas Adeola ‘pecah telur’, Taufiq harap jadi pembakar semangat

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Emas Adeola umpama ‘pecah telur’, Taufiq harap jadi pembakar semangat

Emas pertama Malaysia menerusi atlet karate, Adeola Fay Robert, disifatkan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari, sebagai permulaan positif buat kontinjen negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Taufiq menyifatkan kejayaan itu sebagai detik ‘pecah telur’ yang diharapkan mampu menyuntik semangat kepada atlet lain untuk terus memburu emas.

Kejayaan Adeola menjadi pencetus momentum buat kontinjen negara dalam usaha mencapai sasaran enam pingat emas pada temasya kali ini.

Sementara itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Malaysia, Datuk Sumali Reduan, turut meluahkan rasa lega selepas penantian negara untuk emas pertama akhirnya berakhir pada Selasa.

Lebih manis, emas berkenaan hadir daripada Adeola Fay yang sebelum ini tidak semestinya diletakkan sebagai sandaran utama untuk menyumbang emas.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement