"Rezeki saya mungkin bukan di sini tapi mungkin dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), demikian menurut Muhammad Danysh Ashraff Herwan yang pasrah hampa biarpun memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2026.
Pencapaian ini sedikit sebanyak meneruskan tahun cukup cemerlang atlet dari Selangor itu selepas turut merangkul gangsa bersama kuartet negerinya dalam Sukan Malaysia (Sukma) dua bulan lalu.
Meskipun merangkul emas, namun hajatnya lebih besar apabila dia mendambakan untuk memecah rekod kejohanan.
Dan impian itu hanya dijurangkan dengan 0.01 saat apabila dia mencatat 13.25 saat berbanding pemegang rekod sedia ada, Muhammad Harith Haikal Mohd Arshad.
"Saya tak dapat pecahkan rekod kejohanan.
"Tiada rezeki untuk saya pada kali ini dan saya harap dapat sarung jersi negara satu hari kelak.
"Saya juga ingin mengembirakan ibu bapa menerusi kecemerlangan dalam SPM biarpun agak bergelut untuk mengimbangi di antara pelajaran dan sukan.
"Walaupun sering terlepas untuk menghadiri kelas, saya dan guru sentiasa berhubung dan saya akan menyiapkan kerja sekolah yang ditetapkan," katanya.