Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Keserasian kunci utama trio kata negara jelmakan pingat

pp

"Di mana-mana, mereka bersama" 

Itu perkongsian jurulatih kata negara, Emmanuel Leong, apabila disoal mengenai bagaimana anak-anak buahnya mampu meraih pingat gangsa bersejarah dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 baru-baru ini.

Bekas juara dunia kata berpasukan 2014  itu akui keakraban mereka membantu memantapkan persefahaman antara satu sama lain, apatah lagi ini merupakan debut mereka di pentas tertinggi Asia walaupun baru sahaja digandingkan selama dua bulan.

Pencapaian yang diraih oleh trio negara terdiri daripada Aiqal Asmadie, Mukhriz Mazlan dan Haznil Henry itu merupakan yang terbaik dalam sejarah Sukan Asia apabila ini kali pertama Malaysia meraih pingat dalam acara tersebut.

Sebagai rekod, sukan karate merupakan penyumbang pingat utama buat kontinjen Malaysia buat masa ini apabila berjaya meraih dua pingat emas yang dibawa pulang oleh Adeola Fay Robert dalam acara karate kumite 55Kg dan C.Shahmalarani dalam acara kumite wanita B-50kg. Skuad karate negara juga berjaya memperoleh dua lagi pingat gangsa masing-masing disumbang oleh K.Thevendran dalam acara kumite lelaki B-55kg serta Sureeya Sankar dalam saingan kumite lelaki B-60kg.

"Saya memang sepanjang masa bersama mereka, latihan juga bersama mereka. Makan juga bersama-sama mereka, dimana-mana mereka bersam, ini adalah untuk mengeratkan ikatan bersama mereka.

"Pasukan kata penting dalam aspek komunikasi, apabila dapat berita ke Sukan Asia, saya begitahu mereka inilah peluang terbesar dalam karier mereka." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement