Kematangan bukan jaminan!
Jaguh skuasy negara, Ng Eain Yow, tidak mahu terlalu selesa dengan pengalaman yang dimilikinya dalam misi pertahankan emas perseorangan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Eain Yow meneruskan langkah ke suku akhir dengan cukup bergaya menundukkan Ryu Jeongmin dari Korea Selatan 11-3, 11-4 dan 11-5 dalam tempoh 21 minit.
Pemenang emas Hangzhou 2022 itu juga tidak akan berdepan pilihan kedua India, Abhay Singh sehingga pentas akhir, selepas kedua-duanya berada di laluan berbeza.
"Hari ini masih baik, saya berasakan fokus saya sangat baik. Saya harap dapat kekalkan momentum sejak semalam. Sekarang fokus untuk suku akhir.
"Sekarang sudah matang sedikit daripada pemikiran, cara hadapi tekanan. Untuk saya, saya dah pernah menang emas, perasaan lain sikit, begitu juga mahu pertahan emas." katanya.