Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Engku Halim anggap kejayaan Ahmad Jais Baharun bukan satu kejutan

dd
Advertisement

Bekas atlet sepak takraw kebangsaan, Engku Halim Ku Musa, beranggapan apa yang berhasil dilakukan sahabatnya, Ahmad Jais Baharun, sesuatu yang tidak mengejutkan.

Halim berkongsikan Ahmad Jais mengetahui perit jerih yang dihadapi hanya untuk membanggakan negara, dan menjadi motivasi terbaik dalam membentuk skuad yang mampu mengakhiri penantian emas setelah sekian lama.

Advertisement

"Saya ucapkan tahniah kepada Ahmad Jais atas kesabaran, dia percaya membawa kemenangan. Sebelum ini di Sukan SEA, sekarang di Sukan Asia.

"Pengalaman semasa menerima hadiah, emosi yang berbeza apabila lagu Negaraku berkumandang, kita berada di situ ia satu kepuasan. Perasaan sayu dalam gembira," katanya.

Advertisement

Hajat sama yang diinginkan Halim -yang unggul di dua posisi suatu ketika dulu- adalah untuk skuad kebangsaan mencipta kejayaan dengan meraih dua emas, meskipun perbezaan format yang sangat signifikan, jika hendak dibandingkan kedua-dua zaman.

"Zaman kami dahulu kami menggunakan kaedah pengiraan 15 mata, jadi pemain perlu ada daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

"Mata akan bergerak apabila buat servis, rejaman atau hadangan. Sekarang lebih pada kekuatan, fleksibiliti dan mereka tidak boleh buat silap.

"Konsisten penting agar pemain tak buat kesilapan, ambik kesempatan tahun ini untuk bawa pulang dua emas terus." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement