Skip to main content

Bola Sepak

Memperkenalkan, pemain paling 'capek' di GBK!

paes
Advertisement

"Singapura gak ada shoot on goal sama sekali."

"Maarten Paes adalah definisi kurang kerja, bonus besar."

Advertisement

"Singapura parkir kontena."

Itu antara 'cuplikan' yang diambil dari ruang 'komentar' sebuah laman sosial seusai Indonesia menewaskan 10 pemain Singapura dalam aksi perdana Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta beberapa hari lalu.

Advertisement

Ia sebagai satu sindiran -- mungkin juga rungutan -- penyokong Indonesia terhadap permainan bertahan Singapura sehingga pasukan mereka hanya mampu menjaringkan dua gol dalam 'laga' pembukaan itu.

"Pialanya kasih aja langsung ke Indonesia daripada semua kena bantai."

"Daripada performa, Malaysia tidak lebih kuat dari Singapura."

"Dek Malay mau turun sendiri atau kami bombardir pertahanan elu."

Demikian pula antara kata-kata penyokong Garuda menjelang aksi bertemu Malaysia sebagai mendabik dada skuad mewah mereka yang bernilai €21.59 juta (RM100.79 juta) bakal memperoleh kemenangan 'telak' dalam aksi yang telah sekian lama ditunggu-tunggu itu.

Akan Tetapi, TETAPI... Setibanya hari perlawanan, satu demi satu kalimat mereka itu terpaksa ditelan sendiri apabila Harimau Malaya, tanpa mempedulikan kehadiran 60,000 penyokong di tribun GBK, melakukan asakan habis-habisan ke gawang Indonesia sepanjang 90 minit.

Berdasarkan statistik rasmi di kaca TV, Malaysia menguasai 63% penguasaaan permainan selain mendaftarkan 23 percubaan dan lapan percubaan tepat berbanding Indonesia, yang hanya dapat melakukan enam percubaan dan satu percubaan tepat sepanjang 60 minit.

"Ya wajarlah main 10 vs 11 sejak menit 37."

Benar, mungkin wajar tetapi harus diingat, sebelum insiden kekasaran Thom Haye ke atas Arif Aiman Hanapi menuju ke-40 minit pertama, Paes sudahpun dipaksa mengerah keringat mematahkan empat percubaan tepat skuad negara ke gawangnya, antaranya menerusi Arif Aiman, Faisal Halim dan Bergson da Silva.

Selepas itu, Sang Garuda pula lebih memilih untuk berkampung di separuh padang sendiri hanya untuk membenarkan pemain negara bertukar-tukar hantaran mencari ruang serangan.

45 minit kedua, Harimau Malaya kian menggila dengan siri serangan ke gawang Paes antaranya menerusi tandukan pemain gantian, Paulo Josue, dan sepakan penjuru ke arah gol Arif Aiman, yang pasti menghentikan sejenak jantung penonton di GBK dengan Paes benar-benar dikerah keringat untuk muncul penyelamat selaku benteng terakhir Indonesia.

 

 

Maka tidak hairanlah percubaan susulan Dion Cools -- selepas sepakan penjuru Arif Aiman -- yang ditahan dengan pinggul oleh Justin Hubner di atas garisan sebelum sepakan Syahmi Safari melambung tinggi -- diraikan semahu-mahunya pemain Indonesia seakan-akan mereka sedang meraikan jaringan.

Masakan tidak, Paes, yang menjadi sorotan lensa kamera selepas perlawanan itu, terlihat terduduk dengan benar-benar kelelahan mempertahankan gawangnya daripada dibolosi Harimau Malaya.

Mungkin juga dia menjadi pemain 'capek' sepanjang aksi di GBK itu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement