Trio pecut berpasukan wanita negara menyumbangkan pingat perak buat kontinjen negara selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan masa 48.566s (saat).
Sementara China mengungguli acara itu dengan pingat emas selepas merekodkan catatan 54.370s sekali gus melakar rekod Asia yang baharu dengan catatan itu.
🚨Trio pecut berpasukan wanita mara ke final dengan pecah rekod kebangsaan menerusi catatan 48.023 saat. Izzah, Aliana dan Alyssa akan lawan trio China untuk perebutan pingat emas. 🇲🇾🇨🇳🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/qo2Rcmm71Q
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 29, 2026
Trio wanita negara dibarisi Nurul Aliana Syafika, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Dari gangsa ke perak, trio pecut berpasukan wanita sumbang pingat pertama buat skuad berbasikal trek negara di Velodrom Izu, Izzah, Aliana dan Alyssa tewas kepada trio China di final". kongsinya.
Untuk rekod, ini merupakan pingat pertama buat kem berbasikal trek negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
🚨Dari gangsa ke perak, trio pecut berpasukan wanita sumbang pingat pertama buat skuad berbasikal trek negara di Velodrom Izu, Izzah, Aliana dan Alyssa tewas kepada trio China di final. 🥈🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/Co6h2DRMc0
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 29, 2026