Skip to main content

Bola Sepak

Sudah 2026 masih lagi 'wasit curang'

wasit
Advertisement

"Wasit curang" satu kalimat yang sering dilaungkan peminat bola sepak Indonesia menyalahkan pengadil setiap kali keputusan tidak memihak mereka ketika menentang Malaysia dalam mana-mana perlawanan peringkat antarabangsa.

Kalah Piala AFF 2010, wasit curang!

Advertisement

Kalah Sukan SEA 2011, wasit curang!

Kalah kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada 2019, wasit curang!

Advertisement

Terbaru, gagal menang dengan skuad termahal sepanjang zaman dalam Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) malam tadi, masih lagi wasit curang!

Penyokong Indonesia tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin, sepanjang perlawanan itu, antaranya kad merah yang dilayangkan kepada pemain tengah Thom Haye, dan pembatalan jaringan Justin Hubner dalam separuh masa pertama.

Jika diamati, kad merah yang dilayangkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) itu amat jelas kerana Haye bertindak memijak kaki Arif Aiman Hanapi dari belakang pada ketika bola sudah berlalu jauh.

Jaringan berkenaan pula sepatutnya dibatalkan memandangkan kekasaran yang Hubner terlebih dahulu menolak Brad Tapp sehingga terjatuh sebelum menerima bola daripada lontaran Kevin Diks untuk melakukan jaringan berkenaan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement