Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, merangkul pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan wakil Singapura, Loh Kean Yew, di Ichinomiya City Municipal Gimnasium, sebentar tadi.
Tempoh 48 minit diperlukan Kunlavut untuk melakar kemenangan dalam aksi straight set,21-12,21-16, menewaskan Kean Yew yang merupakan wakil Singapura pertama melangkah ke pentas akhir.
Bagi acara perseorangan wanita pula menyaksikan pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan, An Se-young, menewaskan Akane Yamaguchi dari Jepun 21-17, 21-9 dalam aksi final.
Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan kedua Kunlavut selepas menjuarai Terbuka Malaysia 2026 pada Januari lalu.