Sukan SEA Thailand 2025 baru sahaja melabuhkan tirai dan Malaysia berjaya melepasi sasaran 200 pingat dengan penuh bergaya.
57 daripada 231 pingat berwarna emas, dan antara penyumbang yang menggembirakan seluruh Malaysia adalah dua sukan yang cukup dekat di hati rakyat iaitu bola jaring dan sepak takraw.
Advertisement
Malaysia menang 52-49 pada aksi final bola jaring, sementara sepak takraw pula sumbangkan dua emas menerusi aksi regu dan acara berpasukan.
Menariknya, wira dan wirawati dua sukan ini berjumpa satu sama lain di set Nadi Arena pada Isnin!
Fariha Razak, juga penyampai berita Nadi Arena, menemu bual Syahir Rosdi, yang baru sahaja pulang ke tanahair.
Syahir membawa dua pingat emasnya ke set untuk ditunjukkan kepada kamera…
“Berat kan pingat emas Sukan SEA kali ini?”, ujar Fariha kepada nya sebelum bersiaran.
“Ya berat”, balas Syahir tersenyum.
What a 2025 untuk dua orang champion ini!
