Skuad Astro Arena muncul naib juara Kejohanan Futsal Sports Park (SP) X Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sempena Smash World Cup Fiesta 2026 selepas akur tewas kepada pasukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi penentuan sepakan penalti 2-0 dalam final.
Sementara itu bagi sukan pickleball, gandingan Astro Arena yang diwakili Hafizur Rahman Saleh serta Muhammad Zikri Rajaii menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik bagi kategori beregu lelaki.
"Syukur ke hadrat Ilahi kerana sama-sama menjayakan program ini.
"Sebenarnya kami juga menghantar penyertaan secara 'last minute'.
"Dengan anggapan tidak akan pergi jauh tapi bersyukur bawa gelaran naib juara.
"Terima kasih kepada pengurusan Astro Arena atas peluang yang diberikan," kata wakilnya, Ariez Danysh Azlan.
"Pihak media juga memerlukan riadah.
"Seramai 130 peserta hadir daripada rakan-rakan agensi media.
"Kami akan teruskan program pada masa akan datang," kata Timbalan Presiden SAM, Izahar Atan.