Skip to main content

Hoki

Shello Silverius produk TNB Thunderbolts pertama dari Borneo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shello

Skuad hoki negara kekal konsisten berada di kelompok 15 terbaik dunia sejak sedekad yang lalu.

Terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana kekal komited melahirkan pemain berkelas dunia.

Advertisement

Program pembangunan hoki TNB Thunderbolts merupakan kilang pengeluar bakat utama skuad negara.

Pemain yang dikesan TNB bukan hanya tertumpu di semenanjung malah, pencarian permata baharu sukan hoki negara sehingga di bumi Borneo.

Tahukah anda? Shello Silverius merupakan pemain kelahiran Sabah yang pertama menyarung jersi The Speedy Tigers.

"Pada 2013, saya diserap masuk ke dalam Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor.

"Sejak itu, saya menerima panggil daripada TNB Thunderbolts pada 2015.

"Mesej saya kepada pemain dari Sabah dan Sarawak, TNB tidak melupakan bakat-bakat di sana," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video