Skip to main content

Bola Sepak

Seorang bintang keluar JDT, seorang lagi tak pasti

Teto

Di sebalik kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi, seorang bintang sah mengucapkan selamat tinggal apabila berhijrah keluar tidak lagi bersama kelab itu pada musim ini.

Hanya bertahan satu musim, Raul Parra memuktamadkan perpindahan di Slovenia bersama NK Bravo bagi meneruskan kariernya selepas melakukan 19 penampilan bersama Harimau Selatan.

Tanda tanya mengenai status seorang lagi pemain kelahiran Sepanyol, Teto Martin, menjadi persoalan apabila tiada kelibatnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam Perlawanan Sumbangsih semalam.

Sebelum ini tular laporan mengatakan penyerang berusia 24 tahun itu difahamkan bakal meninggalkan juara Liga Super 12 kali berturut-turut dengan khabar angin bergabung dengan Tenerife.

Menurut pemegang akaun Juanma Lopez, Teto Martin merindui kampung halamannya, namun tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak tentang pengesahan tersebut.

Sepanjang bersama skuad kendalian Xisco Munoz, dia merekodkan 29 penampilan dengan menjaringkan 13 gol dalam musim pertamanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video