Pep Guardiola akan meninggalkan Manchester City selepas sedekad mengendalikan pasukan sekali gus, menamatkan salah satu tempoh paling berjaya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan bekas pengurus Chelsea, Enzo Maresca dijangka menggantikannya.
Pengendali berusia 55 tahun itu dilaporkan akan mengumumkan perpisahannya sejurus selepas perlawanan terakhir juara Piala FA Inggeris itu musim ini menentang Aston Villa di Stadium Etihad minggu ini.
Kemenangan Piala FA Inggeris pada hari Sabtu ke atas Chelsea memastikan Guardiola meraih trofi ke-20 bersama kelab itu.
🚨 Pep Guardiola has informed Manchester City that he will leave the club this summer.
Decision confirmed and official statement to follow as Pep will say goodbye to Man City fans very soon.
Only one name to replace Pep: Enzo Maresca. pic.twitter.com/D6pVvkhN5E— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 18, 2026
Maresca, yang meninggalkan Chelsea empat bulan lalu, telah dikhabarkan sebagai pencabar utama untuk jawatan itu dengan kontrak Guardiola di City dijangka tamat pada Jun 2027.