Selangor sah mengikat A. Selvan dan Nor Azam Azih sebagai tonggak baru untuk cabaran musim depan.
Prestasi Selvan di Negeri Sembilan dengan 29 penampilan musim lalu memikat hati pengurusan untuk menyambar khidmatnya bagi mengisi posisi sayap.
Dalam kenyataan di media sosial itu, Gergasi Merah turut menyuntik pengalaman di bahagian tengah menerusi sentuhan bekas pemain kebangsaan, Nor Azam.
Kemampuan hantaran jauhnya mampu menjadi aset untuk barisan kendalian Kim Pan-gon itu mengatur gerakan dari bahagian tengah.