NAM DINH 0 SELANGOR 2
(Selangor menang dengan agregat 4-1)
Advertisement
Selangor menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) selepas menafikan sebarang kebangkitan Nam Dinh sebentar tadi.
Anak buah Kim Pan-gon itu mara dengan agregat 4-1 selepas mengecapi kemenangan 2-0 di Stadium Thien Truong.
Chrigor Moraes mencipta sensasi hasil dua ledakan gol menerusi sepakan penalti pada minit-40 -- selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) kekasaran ke atas Mohammad Abu Al-Nad -- sebelum mempamerkan ketenangannya menyudahkan peluang satu lawan satu sebelum memasuki masa kecederaan
Pertemuan pertama final akan berlangsung di laman Selangor pada Rabu depan disusuli aksi timbal balik pada 27 Mei depan.