Skip to main content

Bola Sepak

Sektor kosong, stadium tak lengkap -- Dr. Johan tunggu kepulangan UltraSel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Johan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon, mengulas insiden kumpulan penyokong tegar atau Ultras Selangor di Jambatan Angkat Kuala Terengganu baru-baru ini sambil menegaskan iktibar perlu diambil buat semua.

Katanya, ia perlu dijadikan pengajaran untuk semua mengawal emosi dan bertindak mengikut peraturan.

Advertisement

"Sudah tentu. Kita semua nanti-nantikan.

"Walaupun stadium penuh tapi sektor mereka kosong, jadi ia tidak lengkap.

"Kami menginginkan semua lapisan penyokong hadir.

"Kami tidak sabar menantikan kepulangan mereka selepas perlawanan menentang Kuching City," katanya di Nadi Weekend.

Dalam masa sama, legenda Selangor, Azman Adnan, juga menitikberatkan soal adab dan tatasusila sebagai penyokong agar tidak mencemarkan imej keseluruhan pasukan.

"Pengajaran kita sebagai peminat harus beradab di tempat orang walaupun di tempat sendiri.

"Itu sebenarnya budaya kita," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Must Watch Video