Skip to main content

Bola Sepak

Satu langkah terhormat -- Bekas Setiausaha Agung FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azzuddin

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, memuji langkah drastik peletakan jawatan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (exco) FAM yang berkuat kuasa serta merta Rabu lalu.

Jelasnya, FAM perlu melalui perubahan dengan dibarisi kepimpinan yang lebih dinamik dan mantap dalam usaha memberi nafas baru kepada perjalanan bola sepak negara.

Advertisement

"Pada pendapat peribadi saya, ini satu langkah terhormat.

"Saya berharap FAM akan 'reset' semula dengan satu barisan kepimpinan yang lebih baik.

"Saya khuatir barisan exco lama muncul kembali. Saya harap perkara itu tidak berlaku," katanya.

Sementara itu, Azzuddin turut menganggap kehadiran pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan melaksanakan penilaian dalaman sebagai satu tamparan hebat kepada badan induk bola sepak negara itu.

Terdahulu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul, mengesahkan sebuah pasukan yang diketuai Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany, akan dibentuk bagi melaksanakan penilaian sebelum membentangkan laporan cadangan penambahbaikan kepada FAM.

"Itu satu tamparan dengan jelas kepada FAM oleh kerana AFC perlu memantau badan induk selama tiga bulan.

"Saya rasa ini kali pertama sebuah persatuan dipantau oleh AFC dalam Asia Tenggara (ASEAN) ini," tambahnya.

Must Watch Video