Skip to main content

Berbasikal

Ridwan Sahrom mahu takluk ACC di Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ridwan

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom, idam memecahkan rekod peribadi 9.775 saat (s) dalam acara pecut individu menjelang Kejohanan Trek Asia (ACC) di Manila, Filipina, bulan depan.

Ridwan mengimpikan 9.6s, meskipun menuntut persiapan penuh dan latihan selama hampir sebulan di Melbourne, Australia dari 21 Februari ini.

Advertisement

Biarpun masih berdepan dengan kecederaan pergelangan tangan kanannya, namun dia tidak mahu menjadikan itu alasan, sebaliknya menginginkan podium dalam acara pecut disertainya.

"Kami akan tinggal sahaja di Melbourne sehingga kami berlepas ke Velodrom Tagaytay.

"Kami mahu berada di kedudukan podium walau apa pun yang terjadi.

"Saya meletakkan sasaran yang berbeza dalam setiap kategori," katanya.

Ridwan akan beraksi untuk tiga kategori, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan dalam kejohanan tersebut. 

Must Watch Video