Skip to main content

Bola Sepak

Richard Chin aset penting negara -- Cheng Hoe puji impak besar pemain warisan

Richard Chin aset penting negara -- Cheng Hoe puji impak besar pemain warisan
Advertisement

Jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menyifatkan Richard Chin sebagai aset penting bola sepak negara selepas pemain warisan itu mencuri tumpuan menerusi ledakan dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Guangdong, China, hari ini.

Lebih manis, dua jaringan itu bukan sahaja memastikan kemenangan buat skuad negara, malah menyaksikan pemain Ross County berkenaan membuka akaun gol pertamanya bersama Harimau Malaya.

Advertisement

Cheng Hoe mengakui masih terdapat ruang untuk pemain baharu menyesuaikan diri dengan pendekatan taktikal pasukan, namun beliau berpuas hati dengan kesungguhan yang ditampilkan mereka sepanjang dua aksi persahabatan di China.

Katanya, komitmen pemain menjadi antara faktor penting yang membolehkan Malaysia bangkit selepas tewas 0-2 kepada tuan rumah sebelum menutup kempen dengan kemenangan ke atas Yaman.

Advertisement

“Kalau kita lihat menentang China dan Yaman, kita nampak daripada segi pemain dalam pasukan cukup baik. Walaupun rata-rata pemain masih baharu dan belum menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan, mereka telah meletakkan kesungguhan dalam memastikan kemenangan untuk pasukan,” kata Cheng Hoe.

Cheng Hoe turut memuji kemampuan Richard yang disifatkan sebagai pemain serba boleh dan sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab di pelbagai posisi.

“Richard Chin merupakan aset negara. Dia seorang pemain yang serba boleh kerana sentiasa bersedia bermain dalam mana-mana posisi.”

Dalam pada itu, Azmin Azram turut menzahirkan pujian terhadap persembahan pemain berusia 24 tahun itu, khususnya selepas berjaya menghadiahkan kemenangan buat Malaysia.

“Pujian buat Richard atas dua gol yang dihasilkan untuk pasukan negara. Mana-mana pemain mahukan keputusan ini apabila setiap kali berpeluang untuk mewakili negara,” katanya.

Kemenangan ke atas Yaman menjadi penutup positif buat Harimau Malaya dalam kempen persahabatan antarabangsa di China, selain memberikan suntikan keyakinan kepada Richard untuk terus menjadi antara pilihan penting skuad kebangsaan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video