Regatta Antarabangsa DiRaja Langkawi edisi ke-22 yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan membanggakan.
Pengarah Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club merangkap Pengarah Regatta, Azlan Abdullah, menzahirkan kesyukuran atas kelancaran penganjuran serta sokongan semua pihak terlibat.
Advertisement
Azlan turut berbangga apabila budaya dan tradisi tempatan berjaya diangkat serta diperkenalkan kepada peserta luar dan pelancong yang hadir.
"Terdapat pelbagai insiden berlaku dalam penganjuran kali ketika bot sedang belayar, namun segalanya bagus," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Saya amat terharu apabila terdapat peserta yang bertemu saya mengucapkan tahniah atas penganjuran kali ini.
"Saya berharap edisi tahun akan datang, saingan Regatta akan mendapat lebih banyak tajaan."
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club, Noraini Jumaat, berharap agar penyertaan pada edisi akan datang lebih meriah dengan sasaran 36 bot dari pelbagai negara, berbanding 34 bot pada tahun ini.
"Saya berasa ini merupakan penganjuran yang paling berjaya. Bagi edisi ke-23, saya berhasrat untuk melihat penyertaan yang lebih banyak lagi," kata Noraini.