Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kami akan cuba tewaskan JDT -- Vidakovic

jj

Persediaan tanpa pemain utama bukan signal yang positif buat kem Kuala Lumpur (KL) City menjelang aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia.

Ketua jurulatih skuad Warga Kota, Risto Vidakovic, mengakui sesi latihan sebelum bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat ini, terasa canggung tanpa khidmat Paulo Josue, Safawi Rasid mahupun pasangan adik beradik Ryan Lambert dan Declan Lambert yang baru sahaja selesai tugasan bersama skuad kebangsaan.

Advertisement

"Buat masa ini pemain yang menyertai skuad kebangsaan akan bersedia sepenuhnya apabila mereka pulang nanti dan ketika ini kami telah mempunyai pemain lain dan semua pemain boleh beraksi.

Keadaan cuaca yang tidak menentu di Lembah Klang turut memburukkan lagi suasana persediaan KL City.

 

 

 

 

Malah, situasi mereka yang tidak memiliki padang latihan sendiri, dengan hanya bergantung kepada tempahan venue luar menyulitkan urusan perubahan saat akhir jika perlu berbuat demikian atas faktor keadaan cuaca dan sebagainya.

"Kami berlatih minggu lalu dan minggu ini tetapi hari ini tidak dapat berlatih kerana factor cuaca hujan, kami tidak dapat menukar Waktu kerana sudah terlambat dan semakin hampir dengan hari perlawanan."


"Kami sentiasa berharap dapat menewaskan mereka, ia satu penghormatan dapat beraksi di pusingan separuh  akhir berdepan JDT, ini aksi besar dan kami akan cuba tewaskan JDT." katanya.

Must Watch Video